KATA BIJAK TENTANG CINTA
1.
Cinta tidak
pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak
pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
2.
Tuhan memberi
kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping
lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
3.
Ada 2 titis air
mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu
lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata
seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.”
4.
Cinta sejati
adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu.
5.
Jika kita
mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada
disisi kita.
6.
Jangan sesekali
mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
7.
Perasaan cinta
itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu
mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila
kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
8.
Cinta datang
kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada
mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan.
9.
Jangan simpan
kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi
ada hayatnya.
10. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus
mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
11.
Cinta bukan
mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan
semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
12.
Cinta dapat
mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit
menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan
menjadi rahmat.
13.
Sungguh
menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
14.
Hal yang
menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
15.
Kamu tahu bahwa
kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
16.
Tuhan ciptakan
100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian
diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk
saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya
terpijak.
17.
Kadangkala kamu
tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah
lagi.
18.
Jangan
mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
19.
Cinta mampu
melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta
!
20. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.
21.
Cinta itu
adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis
embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh
kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan
tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.~ Hamka
22.
Kata-kata cinta
yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh
jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu
untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
23.
Kamu tidak
pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa
tanda tanya dihatinya
24.
Cinta bukanlah
kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
25.
Bukan laut
namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak
pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan
cemburu.
26.
Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang
kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
27. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Terima Kasih Untuk Semua Pengunjung/Pembaca KhaZaAm. Semoga Bermanfaat
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar